Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama DUN Ke-12 yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Ogos 2008 telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Sebarang kesulitan di atas perkara ini amat dikesali.
Parlimen Malaysia selaku CPA Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) kali ke-54. Persidangan ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 10 Ogos 2008 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 4 Ogos 2008.
Dewan Undangan Negeri Selangor yang menganggotai persatuan ini sebagai CPA Cawangan Selangor turut menghantar delegasi seramai14 ADUN yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Persidangan Dewan pada 21-23 dan 26 Jun 2008 menyaksikan kali pertama Kerajaan Baru Pakatan Rakyat membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga pertanyaan-pertanyaan dari para ADUN.
|
|
|
SHAH ALAM, Selasa 22 April: Kesemua 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor mengangkat sumpah hari ini, kecuali Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan yang kini menjalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.
KLANG, 24 Mac (Bernama) - Sepuluh Anggota Exco
Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah
di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam
Shah di sini, Isnin hari ini.
Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP.
